Featured By: Aqilah Paharuzi March 9, 2023 @ 7:16pm

“Citarasa Bams Kini Ke Arah ‘Godspell'” – Tidak Kisah Dibandingkan, Vokalis Baru Janji Beri Yang Terbaik Pada Konsert 20 Tahun Samsons

Selepas 10 tahun, band popular Indonesia, Samsons bakal membuat konsert di Kuala Lumpur pada April ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur demi menyambut tahun yang ke 20.

Memperkenalkan vokalis baru yang dikenali sebagai Adrian, mereka berharap peminat-peminat di Malaysia akan menerima ahli baharu Samsons.

Mula mengikuti band ini pada tahun 2021, Adrian sebagai vokalis baharu bagaimanpun tidak menafikan sekiranya akan ada peminat yang membandingkan bersama vokalis lama, iaitu Bambang.

Jelas Adrian, dia tidak berkecil hati sekiranya peminat Samsons membandingkan bersama Bambang, malah fokus utamanya adalah untuk memberikan yang terbaik kepada band yang sentiasa menjadi tempat tertinggi dalam hati pendengar lagu Indonesia.

“Sejujurnya sebagai manusia saya pasti akan terkesan sedikit. Tetapi saya memandang perkara tersebut dari sudut yang berbeza kerana masih ada yang harus diperhatikan iaitu keluarga Samsons dan tiga sahabat saya ini.

“Saya fokus untuk kedepan memberikan energy yang terbaik. Menjadi ahli Samsons juga adalah satu pencapaian yang bagus untuk saya.. jadi saya sangat teruja,” kata Adrian ketika ditemui di pelancaran konsert Samsons live in Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lebih lanjut, salah seorang anggota Samsons iaitu Irfan tampil menjelaskan sebab Bambang keluar daripada band ini.

Menurutnya, mereka masih berkawan baik dengan Bambang dan tidak mempunyai sebarang masalah meskipun mereka telah berpisah pada tahun 2011.

“Kami masih berkawan baik… Bams mempunyai citarasa yang berbeza dalam musik iaitu lebih ke arah lagu ketuhanan atau Godspell,” katanya.

Terinspirasi dengan konsep band popular antarbangsa Coldplay, Samsons berkata mereka akan menjanjikan konsert luar biasa buat peminat di Malaysia dan bakal membawa lagu popular seperti Kenangan Terindah, Bukan Diriku, Luluh, dan Kisah Tak Sempurna.

Penjualan tiket mula dibuka pada 8 Mac lalu menerusi laman sesawang www.ticket2u.com bermula dengan harga RM 298 hingga RM 428.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Bakal Dapat Anak Ketiga, HaHa Running Man Nak Berubah?

Lepas Ha Dream dan Ha Soul, agaknya apa nama anak ketiga HaHa ni ya?

#tilljannah Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

张敬轩427登云顶开唱!冧歌「轩」动人心

时隔三年,张敬轩4月27日再登云顶开唱,让大马乐迷感受「轩式」情歌的魔力!

Trending Thu, 19 Dec 2019

“Did He Just Order Nasi Goreng Pattaya With Telur Mata?!”

This is one egg-ceptional food preference.

familuv Mon, 27 Aug 2018

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Ia mesti dibersihkan, supaya bakteria tak membiak!

Trending Mon, 4 Mar 2019

Pemain-pemain Jepun ini membersihkan kawasan sekolah di Malaysia. Alamak, segannya!

Kanak-kanak di negara itu memang dilatih jaga kebersihan sejak kecil

| Live TV