“Kalau Dia Datang Cara Baik, Mohon Maaf & Minta Izin… Mungkin? “- Puteri Sarah Pernah Pertimbang Ira Kaza Jadi Madu

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui pernah mempertimbangkan kewujudan orang ketiga dalam rumah tangganya.

Namun, dengan syarat individu tersebut mestilah tampil dengan cara baik dan meminta izin darinya untuk menjadi isteri kedua.

Mengakui mungkin akan marah dengan perkara tersebut namun, Puteri Sarah tidak menolak kemungkinan akan mempertimbangkan keputusannya itu.

“Jika awal-awal dia (orang ketiga) berbuat sedemikian, saya mungkin marah, tetapi akan juga mempertimbangkan.

“Tetapi, dia pula awal-awal mendera mental dan emosi, kemudiannya menyerang ibu mentua saya. Apabila ibu mentua menyekatnya, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda?,” katanya.

Perkara itu dikongsi oleh Puteri Sarah menerusi sesi Instagram Live  (IG Live) bersama pelakon, Nad Zainal pada Rabu.

 

Menerusi sesi IG Live berdurasi 24 minit itu, Puteri Sarah memaklumkan dia sedang dalam perjalanan pulang dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

 

Sumber: Instagram, BH

Salma Syahbuddin