“Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi Tapi…” – Fasha Sandha Dedahkan Sifat Sebenar Bekas Suami

Pelakon Fasha Sandha tampil menjawab tentang hubungannya dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli melalui Ask Me A Question di Instagram miliknya.

Dalam soalan itu, pengikutnya meluahkan rasa suka melihat Fasha dan bekas suami tidak bergaduh sesama sendiri dan meminta tip darinya buat pasangan lain.

Melalui perkongsiannya di Instagram Story, Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Binti Hassan memberitahu pada awalnya dia dan bekas suami ada sedikit salah faham namun apabila meningkat usia, mereka membuat keputusan untuk berbaik demi anak-anak.

“Sejujurnya, hmm, ada ketika mula-mula dulu ada juga sedikti salah faham, tapi bila dah menghampiri umur banyak, sama-sama berbaik demi anak-anak.

“Penting untuk anak-anak semua nampak kami semua harmoni,” jawab Fasha.

Tambah Fasha, bekas suaminya itu seorang yang sangat baik hati, walaupun dia seorang yang terkenal dengan kontroversi.

“Rizal adalah daddy dan salah seorang lelaki yang baik yang saya pernah jumpa. Dia mungkin terkenal dengan kontroversi, tapi sejujurnya dia baik.

Okey, saya takde tips apa-apa nak bagi, sebab saya bukan pakar motivasi.” ujarnya.

Untuk rekod, Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 20 Januari 2016 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Ryfal dan Putri Raysha Jemyma.

Kredit foto: Murai.my

Maya Basir