“Kalau Saya Tak Suka, Saya Duduk Rumah Je..” – Anna Jobling Bersikap Terbuka Dengan Peminat Yang Ambil Gambar Secara Sembunyi

Pelakon, Anna Jobling, 22, lebih bersikap terbuka kepada mana-mana peminat yang ingin mengambil gambar atau videonya secara sembunyi.

Menurut pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ini, dia sentiasa bersedia sekiranya ada peminat yang mahu bergambar.

“Jika ada yang ambil foto secara sembunyi, saya tak boleh buat apa-apa. Saya okay sahaja. Tapi, lebih baik jika sesiapa yang mahu bergambar dengan saya, just come to me and say hi. I will always say yes.

“Saya tak boleh buat apa, saya okay je. Sejujurnya, saya tak kisah sebab itu life yang saya pilih. My life is very public, saya tak boleh elak. Kalau saya tak suka, saya duduk rumah je. Senang je kan,” katanya.

Anna ditemui di Majlis Iftar bersama Anna Jobling yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tambah Anna, dia sedar tidak boleh lari dari situasi tersebut kerana dia sendiri memilih kehidupan sebagai seorang pelakon.

Bintang Melur Untuk Firdaus ini berbesar hati jika ada peminat ingin bergambar kerana dia sangat mudah untuk ditegur dan beranggapan itu adalah suatu penghargaan baginya.

“Orang nak ambil gambar dengan you ke, nak ambil sembunyi-sembunyi atau apa-apa okay je. Kadang-kadang, saya tersedar ada yang ambil gambar dan saya buat ‘peace’ dekat camera,” jelas Anna.

Nurul Hana