“Kalau Tak Nak Orang Kenenkan Janganlah Sampai…” – Netizen Tegur Shuib Asyik Beri ‘Warning’ Soal Jodoh Tapi..

Selepas pemergian isteri tercinta yang juga penyanyi Siti Sarah Raissudin pada 9 Ogos 2021, pelakon, pelawak dan usahawan, Shuib nampaknya sering dikaitkan dengan beberapa selebriti tanah air termasuklah Wan Sharmila, Siti Nordiana dan terbaru Zara Zya.

Meskipun Shuib sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dia tidak mungkin akan menemui pengganti Allahyarham Siti Sarah, namun dia juga tidak menolak jodoh andai itu ketentuan dari Allah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Mahu Elak, Tak Sanggup Dan Semestinya Tak Ada Pengganti Untuk Dia” – Shuib Enggan Jumpa ‘Kembar’ Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Kelakar Takpe, Janji Jangan Biadap!”- Minta Shuib Cari pengganti, Rosyam Nor Buat Netizen Bengang

Sedar dengan pandangan orang ramai di luar sana yang mulai bosan dengan isu ‘jodoh’ berkait dengan dirinya,  Shuib bagaimanapun meminta agar warganet memberi sedikit ruang untuknya menjalani kehidupan dengan tenang.

Malah, dia juga mengakui berasa tertekan tiap kali ada yang cuba menjodohkannya dengan mana-mana selebriti tanah air yang dilihat bersama dengannya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respon yang positif dan mendoakan agar Shuib dan Zara Zya berjodoh.

Namun, terdapat segelintir yang menegur tindakan beliau yang kononnya sengaja memuat naik aksi dan video mesra bersama selebriti lain demi mencuri perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Duet Shuib & Siti Nordiana Tular Di TikTok, Peminat Doakan Mereka ‘Berjodoh’

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Mungkin Saya Bercinta Dengan Dia” – Shuib Akui Tak Sepadan Dengan DSV

ARTIKEL BERKAITAN:Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

Salma Syahbuddin