“Aku Bukan Tak Nak Saman Tapi…” – Isteri Nazrief Nazri Dedah Punca Puteri Sarah Tidak Saman Ira Kaza Lebih Awal

Model dan isteri kepada pelakon Nazrief Nazri, Aizatul Aqma tampil bersuara tentang isu pelakon, Puteri Sarah yang sebelum ini telah menfailkan tindakan mahkamah terhadap wanita yang dikenali sebagai Ira Kaza yang didakwa menganggu rumah tangganya.

Menerusi perkongsian Angella Joliey atau nama sebenar Aizatul Aqma Hamdan di Instagram Stories, dia mengimbas kembali perbualannya bersama Puteri Sarah yang dimana ketika itu masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kaza.

“Kenapa kau tak nak saman dia? Makin lama kau biar, makin dia pijak kau,” tanya Aizatul.

Menurut Aizatul, dia terkejut dengan jawapan Sarah yang masih memikirkan tentang pihak tersebut.

“Aku bukan tak nak saman, tapi nanti aku saman siapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapa dia ada sakit. Kalau orang tua tu sakit tak boleh nak kerja, siapa nak tanggung family dia?,” balas Sarah.

Tambah Aizatul, Sarah merupakan seorang yang baik hati dan tidak pernah berbuat jahat kepada orang lain.

“Sarah yang saya kenal orangnya baik, tak pandai buat jahat dekat orang. Kau paksa lah dia buat macam-macam, end up dia pilih untuk jaga hati orang lain dulu,” katanya.

Tambahnya lagi, tahap kesabaran Sarah tidak dapat ditandingi dimana kesihatan mentalnya diseksa hari-hari selama 4 tahun namun dia masih boleh memikirkan tentang perkara buruk yang bakal dihadapi Ira Kaza jika dia meneruskan saman itu.

Aizatul mendoakan dan berpesan kepada Sarah agar jaga diri dan masalah ini tidak perlu ditanggung sendiri lagi.

“Jaga diri, aku yakin kau dah happy. Kau dah tak tanggung sorang-sorang dah, semua orang mendoakan kau,” tulisnya.

Maya Basir