“Kalaulah Boleh Buat Lebih Lagi” – Adegan Cium Elizabeth Tan Dilakukan Sendiri

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengakui adegan cium aktor Jay Iswazir dalam filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa bantuan teknik kamera.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy, babak itu dilakukan ketika dirinya masih belum berkahwin dengan suami, Dr Siew Jim.

“It’s real… Kalaulah adegan itu saya dapat lakukan dengan lebih lagi sebab effect dia tak cukup.

“Tapi masa tu belum kahwin dan Jay pun okey dengan babak tersebut,” katanya.

Lizzy ditemui semasa malam Gala Premiere Abang Long Fadil 3 di KLCC pada Jumaat lalu.

Pada masa sama, Lizzy berharap lakonannya membuka banyak peluang untuk penerbit tempatan menawarkannya watak aksi yang lebih mencabar.

“Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 pula selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.

“Saya juga berharap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi sebab mungkin sebelum ini ramai yang tak tahu saya memang minat watak yang membabitkan aksi pertarungan.

“Saya nak dikenali sebagai pelakon aksi dan saya juga bersedia untuk memasuki sebarang latihan intensif kerana saya memang nak belajar cara berlakon dalam filem aksi.

“Walaupun saya mengalami lebam yang teruk sampai susah nak bernafas dan sakit nak berjalan sepanjang menjalani penggambaran filem ini, tapi saya rasa semuanya sangat berbaloi,” ujarnya.

Selain Lizzy dan Jay, Abang Long Fadil 3 menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.

Maya Basir