Kali Keempat Masuk Hospital, Zul Ariffin Minta Maaf Tinggalkan Majlis

Pelakon Zul Ariffin memohon maaf kepada peminatnya di Indonesia apabila terpaksa meninggalkan majlis lebih awal.

Menerusi Instagram pelakon berusia 32 tahun itu memaklumkan dia digegaskan ke hospital di sana. 

“ Terpaksa keluar daripada pawagam dan terus ke hospital… Kepada peminat dari Jakarta yang hadir ke premiere tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat film, saya minta maaf….” tulisnya.

Menurut Zul ini merupakan kali keempat dia digegaskan ke hospital dalam masa sebulan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sakit apa yang dialaminya.

Difahamkan, Zul kini dilaporkan sudah dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Menerusi ruangan komen, sebilangan besar peminat Zul mendoakan agar pelakon kesayangan mereka itu sembuh segera dan dapat beraktiviti seperti biasa.

SGMS Faida