Asalkan Dia Bahagia, Gandingkan Syukri Yahya dan Aida Jebat

Gandingan Syukri Yahya dan Aida Jebat dalam drama terbaru di slot Akasia ini pastinya akan membuatkan para peminat setia ternanti-nanti.

Bakal menggantikan drama sebelumnya iaitu Dia Menantu Rahsia, Asalkan Dia Bahagia dibintangi oleh para pelakon seperti  Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab,Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar dan ramai lagi.

Drama yang diarahkan oleh Jamal Khan ini mengisahkan kehidupan gadis bernama Adira Imani (Ayda Jebat) yang bernasib malang kerana statusnya sebagai “anak pungutan”. Dia rela dijodohkan dengan Haris Aryan (Syukri Yahaya) iaitu sahabat kepada abang angkatnya, Ikmal Reza. Tanpa diketahui Ikmal sudah lama menyimpan perasaan terhadap Adira dan berniat untuk mengahwininya setelah tamat pelajaran, namun ibunya menjodohkan Haris dengan Adira.

Hubungan mereka dilanda badai apabila muncul orang ketiga iaitu Afida, sepupu Haris. Ikmal pula masih cuba mendapatkan cinta Adira.

Drama yang mempunyai 28 episod ini akan menemui penonton pada 8 Mac 2019 di slot Akasia TV3. Jangan lupa tonton ye!

 

Ad Ops