Categories: Oh Lawa

Ingin melaram dengan skirt? Tiru gaya ‘instafamous’ ini!

Fesyen itu hak individu dan tiada orang berhak mengatakan anda tidak boleh bergaya! Ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Bagi Muslim, mereka harus mematuhi syariat yang telah diwajibkan. Bagi kaum wanita, aurat dari kepala hingga ke kaki harus dititik beratkan. Hanya bahagian tapak tangan dan wajah sahaja yang dibenarkan.

Namun begitu, ia tidak bermakna anda tidak boleh berfesyen langsung! Skirt panjang adalah pilihan terbaik untuk si pemakai yang mementingkan kesopanan tetapi masih mahu kelihatan anggun dan cantik!

Anda boleh menjadikan instafamous dari Indonesia ini sebagai rujukan fesyen anda! Richa Etika Ulhaq adalah penggemar skirt panjang dan sering mengenakannya walaupun bercuti di luar negara. Gayanya yang ‘chic’ dan comel membuatkan dia kelihatan muda dan segar.

Foto: Instagram Richa Etika Ulhaq

Tak percaya? Mari lihat!

1. Skirt bercorak kotak-kotak

Jika anda seorang yang rendah, elakkan memakai corak kotak-kotak bersaiz besar. Ia akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah daripada ketinggian yang sebenar! Sebaliknya, carilah corak kotak-kotak yang bersaiz sederhana. Anda pasti akan kelihatan menawan.

Richa memakai tudung berwarna coklat muda yang sangat bersesuaian dengan warna hitam putih pada skirt tersebut.

2. Skirt berlipat

Skirt jenis ini sesuai untuk individu yang mempunyai bentuk badan jenis pear. Ini kerana, ia berpotongan lurus dan sesuai untuk golongan tersebut.

Namun begitu, ia juga sesuai dipakai oleh wanita berbadan kurus. Jangan takut untuk mencuba!

3. Skirt Pario

Anda bukan sahaja boleh memakainya ke kenduri, malah ia juga sesuai untuk digayakan ke majlis makan malam.

Tradisional atau moden, ia bergantung kepada baju yang anda gayakan.

Richa menggayakan pario ini dengan kemas, malah dia tidak memilih corak tradisional seperti batik tetapi menggunakan fabrik polos berwarna merah jambu yang sangat menawan.

4. Skirt bertingkat

Skirt ini akan menjadikan anda persis puteri! Dengan potongan begitu, anda seolah-olah ingin ke majlis tari-menari, pastinya anda akan kelihatan cantik dan muda!
Tips: Padankan dengan baju putih polos dan tudung berwarna pastel.

5. Skirt korduroi

Jika anda gemarkan gaya 90-an, anda harus mencuba skirt dengan bahan ini! Dengan rekaan butang di hadapan, anda pasti akan menyukai gaya unik ini.
Richa menggayakan skirt ini dengan baju lengan panjang berwarna kelabu polos dan tudung berwarna hitam. Menariknya, dia mengenakan topi ala ‘parisian’ berwarna coklat muda yang melengkapkan gaya ‘chic’ ini.

6. Skirt denim

Seluar denim mungkin akan menampakkan bentuk tubuh anda dan tidak mematuhi syariat pemakaian yang sebenar. Oleh itu, anda boleh bertukar kepada skirt jenis denim. Ia tidak menampakkan bentuk badan dan anda juga bebas bergerak ke mana-mana.

Jangan takut untuk berfesyen dan berani mencuba gaya baru.

tex_admin