Kamal Adli Masih Bergantung Pada Ubat Tahan Sakit, Mohon Orang Ramai Tidak Bergaduh – “Yang Ketuk Saya Sorang Je…”

Pelakon Kamal Adli memaklumkan keadaannya sudah semakin membaik namun masih bergantung kepada ubat tahan sakit.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Kamal yang kini dijaga isterinya, Uqasha Senrose berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan membantunya semasa hari kejadian.

“Salam. Alhamdulillah alhamdulillah amin Kamal semakin stabil tapi masih bergantung pada ubat untuk tahan sakit, nanah dan lebam-lebam dibadan dan dijaga isteri saya.

“Terima kasih atas doa kalian terutama sekali artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia, Singapura yang tolong Kamal,” katanya.

Pada masa sama, Kamal berpesan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati kerana kita tidak tahu niat seseorang itu baik atau sebaliknya.

Menurutnya lagi, isterinya masih trauma disebabkan kejadian tersebut.

“Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita.

“Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pelakon Perempuan Tanpa Dosa ini berharap perkara ini tidak mewujudkan perbalahan antara dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.

“Yang ketuk saya sorang je bukan satu Singapura. Jangan gaduh-gaduh,” jelasnya.

Maya Basir