Usahawan dan pengacara Neelofa tampil mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Neelofa ketika berkongsi cabarannya menunaikan umrah, baru-baru ini.

“Ya, half way to go (pertengahan jalan). Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat semuanya.

“Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik, dan banyak juga yang menghantar Direct Message (DM), ucap yang baik-baik, jadi syukur alhamdulillah.

“Iyalah kita pun aktif pergi sana sini, dengan anak kecil lagi. Ia bukan mudah tapi urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Neelofa ditemui ketika pelancaran koleksi Warisan Naelofar di KL East Mall, hari ini.

Selain itu, Neelofa turut menyatakan dia tidak kisah berkenaan jantina dan berkongsi pengalaman kehamilannya kali ini.

“Saya memang dari kehamilan pertama tak memilih. Okay sahaja.

“Dari kehamilan pertama, memang tidak teruk alhamdulilah. Kalau dibandingkan dengan kenalan saya yang tidak boleh bangun dari katil. Saya sangat syukur.

“Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat tapi semua baik-baik saja. Dari segi perubahan bentuk badan, rasa, hormon berubah dan banyak lagi. Mereka yang banyak kali hamil sudah biasa dengan semua itu,” katanya.

Dalam pada itu, pengacara popular itu sempat berkongsi kelakuan anak pertamanya, Muhammad Bilal yang bakal menerima adik tidak lama lagi.

“Bilal okay sahaja sebab dia pun sudah besar dan dia pun makin kenal orang. Saya rasa ia hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam bila nak adik. Alhamdulillah semuanya okaya sahaja,” katanya.

Terdahulu, timbul dakwaan yang menyatakan Neelofa hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya tular di laman sosial.

Sebelum ini, Neelofa dan Muhammad Haris Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung, Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Fatin Nurain