“Kami Jumpa Dia, Jelas Kesan Kecederaan Fizikal..” – Peguam Pemerhati Harap Kes #JusticeForBella Dipercepat

Kumpulan peguam pemerhati kes Bella berharap agar keseluruhan proses dan prosiding perbicaraan membabitkan remaja Sindrom Down itu dapat dipercepatkan bagi menjaga kepentingannya.

Peguam Datuk Baljit Singh Sindu berkata, ini kerana kes remaja berkenaan menarik perhatian masyarakat.

”Kami bertemu dengan adik Bella secara fizikal dan melihat kesan kecederaan yang dialaminya, kami amat berharap agar keseluruhan prosiding perbicaraan kes terhadapnya dapat dipercepat,” katanya.

Peguam Baljit Singh melawat Bella di pusar jagaannya bersama Datuk Khairul Anwar Rahmar dan Datuk Ikbal Salam.

Menurut Baljit Singh, ini adalah lawatan pertama kali ke pusat jagaan Bella yang bertujuan untk melihat keadaannya dari dekat, sebagai bertanggugjawab selepas dilantik peguam pemerhati.

“Bella berada dalam keadaan baik dan dijaga dengan baik oleh pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

“Malah, kami dapati beliau dalam keadaan bersemangat,” katanya.

Terdahulu, seramai empat peguam pemerhati dicadangkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi mengikuti kes penderaan melibatkan pengasas rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dan mangsa dera, Bella.

Metro

Artikel Berkaitan: #JusticeForBella: Terima Menghadap Rina Harun, TMJ Cadang Pinda Undang-Undang & Hantar 4 Wakil Peguam Pemerhati

Artikel Berkaitan: #JusticeForBella: Dipaksa Makan 1,280 Cili Padi, Tak Dibenarkan Minum Air… Netizen Sebak – “Mana Letaknya Perikemanusiaan!”

Sumber/foto: Harian

Aqilah Paharuzi

Recent Posts