‘Kami Rasa Lebih Selamat’- NAMA

Kumpulan NAMA yang mencipta fenomena tersendiri selepas menjadi pilihan juri pada Asia’s Got Talent (AGT) lalu rasa lebih ‘selamat’ apabila masyarakat lebih mengenali NAMA berbanding secara individu.

“Orang hanya kenal NAMA tapi bukan individu, kalau ada yang kenal pun mungkin segelintir saja terutama mereka yang mengikuti rapat setiap ahli di laman sosial.

“Apabila situasi seperti itu, kami rasa lebih selamat. Segan pula orang tegur kami secara individu,” kata Mimi.

Malah mereka akui, apabila keluar bertiga atau berempat, belum ada yang menegur mereka sebagai sebuah kumpulan kecuali apabila membuat persembahan pentas saja.

Fazryna pula berpendapat NAMA masih baru dan belum mampu untuk ‘adjust’ dengan situasi baru ini.

“Tapi apabila ditegur secara berempat, kami tidaklah rasa kekok sangat,” kata Fazryna lagi.

NAMA dianggotai Nur Fazrina Mohd Ani, Nor Fazira Malik, Nur Farahida Dolhadi dan Noor Syamimi Makhetar.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida