Tersentuh Lihat Pengorbanan Sahabat, Noh Salleh Tulis Lirik ‘Debu Bercahaya’

Setelah empat tahun menyepi, penyanyi Noh Salleh kembali dengan sebuah lagi karya solo terbaru berjudul ‘Debu Bercahaya’.

Pernah muncul dengan sebuah lagu popular ‘Angin Kencang’ sebelum ini, vokalis kumpularn Hujan tersebut meneruskan kemahuannya untuk tampil dengan sebuah projek solo secara sampingan.

Majlis pelancaran klip video versi karaoke Debu Bercahaya telah diadakan di Red Box The Gardens, Mid Valley City Kali ini Noh mempertaruhkan ‘Debu Bercahaya’ yang beliau anggap sebuah karya yang sangat dekat dengan dirinya.

Lagu ini yang digubah dan ditulis oleh Noh sendiri dilhamkan oleh sebuah tragedi yang pernah menimpa salah seorang kawan baiknya sendiri.

” Salah seorang kawan baik saya pernah ditimpa kemalangan dan saya begitu tersentuh melihat pengorbanan isteri kawan saya itu yang sanggup berada di samping suaminya.

” Sepanjang dia sakit selepas kemalangan yang terpaksa dihadapi isterinya dan itulah yang memberi saya inspirasi lagu ini,” jelas Noh menceritakan idea karya terbarunya in tersebut.

Selama tempoh itu, pelbagai dugaan untuk menulis kebanyakan lagu yang Noh hasilkan, pesanan yang cuba disampaikan adalah kedengaran seperti kisah orang yang sudah apan seseorang yang merayu supaya cinta abadi’ dan biarpun lirik lagu ini meninggal dunia, ia sebenarnya tentang har kekasihnya jangan pergi meninggalkannya.

Namun ia juga boleh diterjemahkan seperti kisah seseorang yang merindukan seseorang yang telah tiada. Lagu yang melalui proses rakaman di Indonesia ini masih mempertaruhkan unsur muzik Pop Perancis’ dari era 60-an serta 70-an dan Noh yakin ia boleh dijadikan rujukan buat pemuzik generasi masa kini.

Ketika ditanya tentang pergerakannya sebagai artis solo pula, Noh memberitahu projek solonya adalah sekadar projek sampingan dan boleh dianggap ‘syok sendiri’.

” Saya tidak menyangka projek solo mendapat sambutan yang begitu positf. Walau bagaimanapun, atas sebab kekangan kewangan, Noh terpaksa menangguhkan dan menjarakkan sedikit pelancaran lagu-lagunya ini. Biarpun begitu, Hujan masih merupakan kepentingan utama,” katanya. 

Noh turut berharap karya terbarunya ini bukan sahaja dapat menghiburkan para pencinta muzik, tetapi juga memberi inspirasi, mengubati hati yang terluka dan menjadi peneman buat mereka yang berduka.

Jika tiada aral melintang, Noh merancang untuk mengeluarkan lima buah lagu tahun ini. 

SGMS Faida