“Kami Takkan Kahwin Cepat-Cepat, Ngedate Je Dulu” – Shila Amzah & Ubai Dalam Fasa Kenal Hati Budi

Penyanyi Shila Amzah mengaku tidak akan mengambil keputusan drastik untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Perkara itu dikongsi pelantun Patah Seribu itu menerusi siaran live di Instagram miliknya pada Rabu ketika dalam perjalanan menuju ke Axiata Arena untuk sesi latihan sempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi siaran live itu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah tampil menjawab persoalan yang ditanyakan warganet mengenai status hubungannya dengan pempengaruh media sosial,  Ubai Mz.

Tidak kekok dan kelihatan tenang menjawab segala persoalan yang diajukan mengenai perkembangan terkininya bersama kekasih hati, Shila menjelaskan dia dan Ubai kini dalam fasa mengeal hati budi masing-masing.

“Kau orang punya congratulations ni macam kami ni dah kahwin, sabar-sabar kami belum nak kahwin lagi.

“Buat masa ni kami takkan kahwin cepat-cepat. Bagilah kami rock n roll dulu, kau orang ni kalau orang berpasangan kenapa harus terburu-buru nak kahwin?

“Selagi belum akad, maknanya belum sah, kena salam lepas tu barulah sah. Sekarang ni masih dalan fasa kenal hati budi masing-masing, jadi nak kata apa lagi” katanya.

Enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai hubungannya,  Shila memaklumkan, cukuplah sekadar orang ramai tahu bahawa dia kini sedang bahagia.

“Cukup untuk kamu tahu, yang saya kini bahagia,” jelasnya.

Namun,ketika sesi soal jawab berlangsung,  terdapat segelintir peminat yang berseloroh dengan bertanyakan dia lebih memilih cuaca sejuk atau panas, namun Shila menjawab dia lebih memilih Ubai.

“Do you prefer cold weather or hot weather? I prefer Ubai,” balasnya.

Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan rapat pasangan ini terlerai apabila mereka tampil memberi penjelasan menerusi siaran live di TikTok.

 

Salma Syahbuddin

Recent Posts