KANG GARY Dedah Punca Hilangkan Diri Daripada RUNNING MAN

Peminat tegar rancangan “Running Man” mesti gembira selepas mengetahui khabar salah seorang bekas ahli mereka, Kang Gary yang kini kembali semula ke dunia hiburan selepas lama menyepikan diri. Anggota Leessang itu meniti populariti menerusi rancangan ini kerana karakternya yang lucu.

Selepas 7 tahun berkhidmat dalam rancangan popular itu bersama Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Haha, Song Jihyo dan Lee Kwangsoo, Gary secara tiba-tiba membuat keputusan untuk berhenti secara tiba-tiba sehingga menimbulkan kekeliruan peminat.

 

 

Umum Kahwin Secara Mengejut

Tidak  lama  selepas pengunduran dirinya dalam program popular itu,Kang Gary mengumumkan perkahwinannya bersama kekasih hatinya. Sekaligus, telah mengejutkan semua orang namun tetap disambut baik oleh peminatnya. Lebih menggembirakan apabila cahaya mata pertamanya juga turut lahir pada tahun yang sama. Gary  dikatakan lebih senang menguruskan hal keluarga sepanjang dia menyepikan diri daripada dunia luar.

Menerusi video pendek yang dikeluarkan oleh pihak produksi “Return Of Superman”, bapa kepada Kang Haoh itu menjelaskan sebab keputusan drastik yang dibuat semasa kehilangannya itu.

 

 

Rasa Dibebani

Gary akui penarikan dirinya daripada rancangan Running Man kerana berasa dirinya dibebani dengan tugas kerja yang semakin berat.

“Selepas lebih 20 tahun aktif dalam industri seni, saya mula dibebani dengan tekanan yang sarat. Saya ingin melarikan diri daripada semuanya dan telah berehat buat seketika. Semasa itu, saya berkahwin dan mendapat cahaya mata lantas saya menyedari bahawa ‘bahagia’ itu adalah sesuatu yang dekat sahaja dengan saya,” kata Kang Gary.

Kepada semua peminat yang ingin melihat gelagat Gary bersama si ciliknya di kaca televisyen, korang boleh saksikan “Returns Of Superman” pada setiap Ahad , hanya di channel  391 KBS.

Sumber foto: www.allkpop.com.my

Syafiqa Irdina