Categories: Trending

Jururawat “Psiko” Ditahan Atas Cubaan Bunuh Bayi Berusia Satu Hari

Kecuaian atau sengaja?

Tidak tahu mana silapnya, seorang jururawat di sebuah hospital yang terletak di utara Jerman baru-baru ini telah ditahan oleh pihak berkuasa disebabkan beliau hampir mengorbankan nyawa 6 bayi.

Jururawat muda tersebut didapati  meracuni 5 bayi pramatang termasuk bayi berusia satu hari dengan mencampurkan morfin dalam susu bayi tersebut.

Bayi Tunjuk Kesukaran Bernafas

Bayi-bayi malang tersebut bagaimanapun kini masih dalam keadaan selamat. Menurut laporan, kesemua bayi tersebut berada dalam satu bilik khas yang tiba-tiba menunjukkan simpton kesukaran bernafas pada masa yang sama.

Menurut Ketua Pegawai Polis Ulm, Bernhard Weber, tindakan pantas kakitangan hospital lain telah menyelamatkan nyawa bayi-bayi tersebut. Melalui pemeriksaan doktor juga, kesemua bayi itu tidak akan mengalami kesan jangka masa yang panjang.

Jururawat Tidak Mengaku Bersalah

Pendakwa raya Ulm, Christof Lehr, menjelaskan, jururawat muda tersebut tidak mengakui meracuni kesemua bayi itu, namun sudah ditahan walaupun belum didakwa secara rasmi.

Jururawat ini akan berdepan lima pertuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan.

Sumber: The News

Syafiqa Irdina