“Kapsyen & Gambar Mengundang Fitnah!” – Berang Nama Kena Petik & Dituduh Tolak Gaji Staff, Aeril Zafrel Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Susulan nama dipetik sebuah portal hiburan kononnya dia adalah individu yang didakwa memotong gaji pekerja sebanyak 35 peratus, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel akhirnya mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, tindakan menggunakan fotonya bersama isteri, Wawa Zainal beserta kapsyen yang ditulis boleh mendatangkan fitnah buat mereka sekaligus mennepis dakwaan berkaitan tuduhan tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Aeril berkata, dia mengetahui tentang perkara itu menerusi perkongsian di media sosial miliknya termasuklah ada beberapa orang staf yang memklaumkannya mengenai perkara itu.

 “Saya dah suruh peguam saya untuk hantar letter of demand (LOD) sebab kapsyen dan gambar memang dah mengundang fitnah.

“Memang fitnah sebab saya tak pernah bayar gaji staf lambat, malah siap bagi duit bonus , duit zakat, duit raya dekat staf tiap tahun,” katanya.

Terdahulu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berang apabila turut membuat hantaran mengenai berita disiarkan portal berkenaan di Instagram miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Tolak Gaji Staff Sebanyak 35 Peratus, Aeril Zafrel Berang Nama Kena Petik – “Kau Dapat Info Dari Mana? Gila Punya Statement”

Salma Syahbuddin