“Kata Tunggu 2 Tahun, Tapi Kenapa Mainkan Perasaan…” – Peminat Kecewa Bila Aedy Ashraf Padam Semua Gambar Amelia Henderson

Desas desus mengenai hubungan percintaan pasangan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson yang didakwa telah putus masih menjadi perbualan hangat di media sosial.

Terbaru, peminat pasangan sejoli itu meluahkan isi hati mereka yang kecewa sekiranya benar Aedy dan Amelia sudah berpisah.


Heboh di media sosial mengenai tindakan Aedy yang telah memadam semua gambarnya bersama Amelia di ruangan Instagram miliknya.

Menerjah di ruangan TikTok, ramai dalam kalangan netizen yang berkata mereka meluat dengan aktor Kisah Cinta Kita ini kerana didakwa telah memainkan perasaan Amelia.

Ekoran itu, ada netizen yang turut berkata Amelia adalah seseorang individu yang tidak mudah untuk menerima seseorang dalam hidupnya.


Dalam pada itu, netizen turut menyoalkan mengenai pendapat Aedy yang menyatakan rasa bahagia kini memiliki Amelia setelah dua tahun menaruh perasaan dalam diam.

Bukan itu sahaja, kisah percintaan Aedy dan Amelia mula menjadi usikan ramai setelah kemunculan mereka berdua dalam drama Kisah Cinta Kita terbitan TV3 baru-baru ini.

Malah, ramai netizen turut berkata mereka mula mengikuti Aedy di laman media sosial kerana Amelia, susulan itu mereka bersepakat untuk tidak terus mengikuti jejaka hero Malaya itu.

Terdahulu, Aedy memuat naik sebuah ciapan yang berbaur patah hati di Twitter rasmi miliknya dengan berkata setengah orang hanya ditakdirkan sebagai mimpi indah saja.

Beberapa hari kemudian, Amelia turut mengakui dia penat untuk berpura-pura menerusi entri di Twitter miliknya.

Bagaimanapun, perpisahan mereka kini masih menjadi tanda tanya kerana masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status sebenar hubungan mereka.

Artikel Berkaitan: “Setengah Orang Hanya Ditakdirkan Sebagai Kenangan..” – Tulis Ciapan Patah Hati, Netizen Spekulasi Hubungan Aedy Ashraf & Amelia Henderson Putus

Artikel Berkaitan: “Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Aqilah Paharuzi