Kaut Keuntungan Berjuta Tanpa Perlu Gimik Melampau, Fazura Akui Nawaitu Kena Betul

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura mengakui setiap apa yang dilakukannya tidak kiralah dari segi kerjaya mahupun perniagaan memerlukan niat yang betul.

Fazura sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila tudung dibawah jenamanya habis terjual dalam masa satu jam sahaja tanpa perlu tampil dengan sebarang gimik melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Menurutnya, jika ada pihak yang sanggup melakukan gimik melampau semata-mata mahu produknya dikenali, viral atau bertujuan untuk bersaing dengan jenama lain, maka tidak mustahil rezeki juga akan sukar diperolehi dan berkemungkinan individu terbabit akan berdepan dengan kegagalan.

“Alhamdulillah, Syukur. Saya rasa jawapan ini cliche tetapi memang Faz percaya apa-apa sahaja yang kita nak buat, yang penting nawaitu itu kena betul. Niat kita kerana apa dan nak buat sesuatu tu untuk apa.

“Kalau kita nak buat sesuatu sebab nak viral, nak popular, nak beat jenama lain atau apa-apa sahaja benda tak elok yang kita nak compete dengan orang tu, pasti susah rezeki nak masuk dan ianya akan menemui kegagalan jika anda buat begitu.

“Terutamnya jika mahu menjatuhkan orang lain. Benda tu akan back fire dekat you,” katanya.

Selain itu, Fazura juga berharap sebagai manusia biasa, dia perlu memperbetulkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan Allah.

“So, for me InsyaAllah mudah-mudahan saya manusia biasa. Tapi saya cuba bersihkan niat saya dulu sebelum buat apa-apa.

“So bila kita buat macam tu, InsyaAllah, Allah permudahkan semuanya dan tak perlu pun buat gimik-gimik seperti yang dikatakan tadi,” jelasnya.

Pelakon Gol dan Gincu ini ditemui ketika majlis pelancaran koleksi ‘Fazura X Muhaya’ kolaborasi telekung eksklusif bersama Datuk Profesor Dr. Muhaya di Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah Buat Peminat, Fazura Teruja Bakal Kembali Berlakon Drama Bersiri Konsep Islamik!

ARTIKEL BERKAITAN:“Terharu Sampai Bergenang Air Mata” – Ini Reaksi Fazura Bila Lihat Peminat Sarung…

ARTIKEL BERKAITAN:“Junjung Kasih Tuanku” – Fazura Terharu Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Pakai Tudung Harga Kurang RM30

ARTIKEL BERKAITAN:Sambut Birthday Setahun, Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Anak Fazura Rantai Berlian

ARTIKEL BERKAITAN:Hadiah Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Kepada Nur Fazura Curi Perhatian Ramai

Salma Syahbuddin