#SeoulSaranghae: Dilabel ‘National Grandmother’ Korea Selatan, Ini 10 Drama Lakonan Kim Young-ok Yang Wajib Tonton!

Kemunculan pelakon senior dalam kebanyakan drama Korea Selatan atau K-drama sering dianggap sebagai ‘penambah rasa’ dalam sesebuah cerita.

Malah, kehadiran pelakon senior seperti Kim Young-ok, 83, antara yang sering membuat penonton mengalirkan air mata dengan  lakonannya.

Oleh sebab itu, kemunculannya kerap dilihat dalam mana-mana siri popular K-drama yang ditayangkan sehingga hari ini.

Memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1957,  maka tidak hairanlah jika  Kim Young-ok digelar sebagai ‘National Grandmother’apabila sering membawakan watak sebagai nenek (halmeoni) dalam pelbagai drama mahupun filem.

Jadi,  jom kita tengok antara filem dan drama popular yang dibintangi Kim Young-ok. Agaknya mana satu yang dah pernah tonton!

#1 Boys Over Flowers

Drama popular sekitar tahun 2009 ini pastinya antara sebab wujudnya peminat tegar K-drama pada hari ini. Menampilkan pelakon hebat seperti Lee Min Ho, Koo Hye Sun, Kim Bum, Kim Hyun Joong dan ramai lagi,  Kim Young-ok diberi watak sebagai ketua pembantu rumah milik Gu Joon Pyo (Lee Min Ho) .

#2 Coffee Prince

Drama Coffee Prince mengisahkan tentang kehidupan cinta dan impian empat orang anak muda yang bertemu di sebuah kafe. Dan Kim Young-ok diberikan watak sebagai nenek kepada teraju utamanya iaitu Choi Han-Gyul yang dilakonkan oleh Gong Yoo.

#3 Ms. Hammurabi

Popular sekitar tahun 2018, drama ‘Ms. Hammurabi’ berkisarkan tentang seorang wanita yang bernama Park Cha O-reum yang bekerja sebagai hakim baru di tempat kerjanya. Dan, Kim Young-ok diberi watak sebagai nenek kepada Park Cha O-reum yang lakonkan oleh Go Ara.

#4 The King: Eternal Monarch

Selepas digandingkan bersama dalam Boys Over Flowers, Kim Young-ok dan Lee Min Ho kembali beraksi semula dalam drama popular Netflix sekitar tahun 2020 berjudul The King: Eternal Monarch.

Memegang watak sebagai Noh Ok-nam iaitu seorang wanita istana, beliau ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan istana selepas Maharaja Lee Gon (Lee Min Ho) kehilangan ibu bapanya.

#5 Mouse

Drama bergenre thriller ini menampilkan Kim Young-ok sebagai nenek kepada watak Bong Yi yang dilakonkan oleh Park Ju Hyun.

Namun, Kim Young-ok dibunuh dengan kejam oleh Lee Seung Gi akibat ingin menutup identiti dan kisah silamnya. Drama ni memang wajib tonton, sure menangis!

#6 Hometown Cha Cha Cha

Sebelum melabuhkan tirai 2021, Kim Young-ok juga terlibat dalam siri drama popular Netflix, Hometown Cha Cha Cha.

Drama bergenre romantis ini menampilkan Kim Young-ok memegang watak sebagai nenek  (Kim Ga Ri) yang menjadi kesayangan teraju utamanya, Hong Du-Sik lakonan Kim Seon Ho.

Selain Kim Seon Ho dan Kim Young-ok, drama ini turut menampilkan Shin Min-a, Lee Sang Yi, Gong Min Jung dan ramai lagi pelakon hebat.

#7 Squid Game

Bagi peminat drama popular Squid Game, pastinya watak yang dibawakan Kim Young-ok antara yang begitu memberi kesan.

Walaupun penampilannya hanya seketika, namun rata-rata peminat drama ini mengakui babak yang dilakonkan Kim Young antara yang membuatkan mereka menitiskan air mata.

#8 Love Alarm

Drama Korea bergenre romance-comedy ini menceritakan tentang teknologi unik yang memungkinkan penggunanya untuk menemukan cinta melalui aplikasi.

Dan, Kim Young-ok sekali lagi diberikan watak nenek yang mempunyai sosok seorang yang baik hati dan memahami cucunya.

Selain Kim Young-ok, drama ini turut menampilkan Song Kang, Kim So Hyun dan Jung Ga Ram sebagai watak utamanya.

#9 Jirisan

Drama terakhirnya pada tahun 2021 adalah “Jirisan”. Kim Young-ok membawa watak sebagai Lee Moon-ok, salah satu warga yang tinggal di desa Haedong dan merupakan nenek kepada karakter Jun Ji-hyun (Seo Yi-Kang).

Antara pelakon lain adalah, Ju Ji-Hoon, Go Min-Si, Jo Han Chul, Sung Dong-Il dan ramai lagi.

#10 Witch’s Love

Drama romantik komedi dan fantasi yang disiarkan sekitar tahun 2018 ini turut menampilkan Kim Young-ok.

Membawakan watak sebagai Maeng Ye- Soon iaitu seorang ahli sihir yang terlibat dalam pembukaan sebuah restoran sup panas di Korea, lakonan Young-ok pastinya mampu memberikan sedikit kegembiraan buat penonton dan peminat setianya.

Selain drama berikut, Kim Young-ok telah muncul dalam lebih 20 filem dan lebih daripada 70 siri K-Drama setakat ini. Wow!

Salma Syahbuddin