Kaya Tapi ‘Humble’, Jom Tengok Hadiah Hari Jadi Nia Ramadhani Tahun Ini!

Meskipun bergelar usahawan kaya raya, suami kepada pelakon Indonesia, Nia Ramadhani, Ardi Bakrie membuat kejutan sempena hari jadi isterinya dengan memberikan sebungkus biskut.

Menerusi laman Instagram Ardi, dia mendapatkan biskut kegemaran pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu sempena ulang tahun ke 29.

“ Aduh nama pun suami kurang romantis, jadi saya sedang bersiap untuk ulang tahun isteri. Jadi dengan adanya biskut kegemaran dia, terus saya cari lilin dan taruk di atasnya saja,” kata Ardi.

Nia yang menyambut hari jadi pada hari ini diberikan kuih tart sebagai hadiah istimewa daripada suami. Malah, Ardi turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi sambil memegang biskut sebagai hadiah paling istimewa tahun ini.

Happy Birthday Nia!

Kredit gambar: grid.id

SGMS Faida