Kecoh Isu Perkauman & Peristiwa 13 Mei, Daiyan Trisha Beri Gen Z Pesanan Pedas – “Cari Fakta, Kita Semua Ada Otak Untuk Berfikir!”

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tampil bersuara mengenai isu yang hangat menjadi perbualan warganet berhubung isu perkauman serta perisitiwa 13 Mei.

Heroin filem Busker itu menyeru generasi muda terutamanya di bawah 21 tahun untuk tidak mudah terpengaruh.

Malah, pelantun lagu Penat itu turut meminta generasi muda untuk membuat semakan fakta di internet terlebih dahulu.

“Salam adik-adik, saya tahu sangat senang untuk kita scroll TikTok dan telan sahaja sentimen-sentimen perkauman dan mesej ekstremism yang sedang berleluasa di FYP anda.

“Sebelum kita percaya bulat-bulat, saya nak ingatkan yang kita semua ada otak dan logik akal untuk berfikir. Gunakan adik-adik sayang sekalian.

“Internet ada, buku ada. Research, baca, belajar. Cari fakta. Kalau kita boleh type comment yang tiada berasas, kita juga boleh type di ruangan Google, ataupun bertanya orang yang lebih tahu tentang isu-isu yang sedang diperhebohkan,” tulisnya di Instagram Story sebentar tadi.

Dalam pada itu, aktres jelita berumur 28 tahun ini juga meluahkan perasaan bimbang terhadap keselamatan negara dan rakyat.

“Jangan jadi manusia yang sangat senang termakan dan percaya dengan apa-apa sahaja yang disuap media. Kita lebih baik daripada itu.

“Jangan pandang remeh isu yang sensitive. Jangan terlempau ikut emosi tanpa mendalami situasi sebenar yang terjadi. Buka mata dan minda anda. Kita harus pandang ke depan supaya apa-apa masalah dapat diatasi dan bukan diulangi.

“Saya risau dan takut untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Saya alu-alukan followers adik-adik saya untuk kongsikan kepada rakan semua tentang pentingnya empati, berakal panjang dan bersikap rasional. Semoga yang terbaik untuk kita semua,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan: PRU15: Tular Video Individu Rakam Semasa Mengundi, Dayana Roza Tak Setuju UNDI18? – “Diorang Tak Faham Politik, Undi Sebab Trend & Content…”

Aqilah Paharuzi