97% Undi Setuju, Puteri Sarah Bakal Bertanding Pada PRU16?

Pelakon Puteri Sarah meluahkan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum yang ke-16 bagi mempertahankan hak wanita.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia menegaskan isu mempertahankan hak wanita perlu diambil serius.

“Lagi 5 tahun nak bertanding jugalah. Tapi nak bertanding untuk pertahankan hak wanita kerana hak wanita di Malaysia tak kuat.

“Kena ada wakil yang lantang untuk menyuarakan bagi pihak mangsa!,” katanya.

Menurutnya, dia terlebih dahulu akan menuntut ilmu di dalam bidang politik dan undang-undang sebelum ke dunia politik.

“Jadi, dalam masa itu kena belajar dulu politik dan undang-undang. Politik yang merangkumi ekonomi, kesihatan dan sebagainya.

“Mempunyai kelulusan seperti mengambil diploma atau ijazah dalam bidang politik idea yang bagus juga.

“Mula untuk kenal kawasan mana yang memerlukan dari semua aspek eco-bio-psycho-sosial. Kan?,” jelasnya.

Selain itu, Sarah turut bertanyakan kepada pengikutnya sama ada setuju atau tidak jika dirinya menjadi wakil rakyat dalam menyuarakan isu tersebut.

“Ada sesiapa nak undi tak?,” ujarnya.

 

Maya Basir