Kejutan Yuna! Dari Pentas Nyanyian Ke Pentas Peragaan

Bertuah sungguh penyanyi dan komposer popular, Yunalis Zarai. Selepas mencipta nama di Amerika Syarikat dan pentas dunia dengan lagu-lagunya, kini Yuna menempa nama sekali lagi apabila dilamar agensi model tersohor, Wilhelmina Models.

Yuna berkongsi berita gembira itu menerusi Instagramnya awal hari ini.

“Hello dunia! Inilah berita yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Wanita milik kamu ini sekarang sudah menyertai @wilheminamodels!

“Siapa pernah sangka, mak, kita berjaya lakukannya. Sangat teruja untuk kongsikan detik ini bersama adik perempuan saya @massey_sw. Saya sedia untuk berkhidmat,” tulisnya.

Sebelum ini wajah Yuna terpampang di papan iklan di Times Square New York semasa rangka promosi album terbaharunya, Rouge. 

Baca: Dari KL Ke Mata Dunia, Poster Yuna Di Tengah Bandar New York Memang Win Habis!

Wilhelmina Models adalah agensi khidmat peragaan dan pengurusan bakat yang beribu pejabat di Kota New York, Amerika Syarikat (AS) selain mempunyai cawangan di Los Angeles, Chicago, Miami dan London.

Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Shawn Mendes dan Nicky Minaj.

Manakala nama besar dalam peragaan pula termasuklah Kendall Jenner, Janice Dickinson, Anjelica Huston, Rachel Trachtenburg dan Robyn Lawley.

 

Oleh: Azalea Danea

Del14