Kelakar! Aksi Suami Ain Edruce Menari ‘Shuffle’ Hentak Kaki Cuit Hati Netizen

Tular sebuah video di laman media sosial yang memaparkan aksi pelakon Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa sedang menari.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ain menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Menerusi video tersebut, Ain sedang mendukung anaknya sambil
menari ‘shuffle’ bersama Amirul.

Apa yang lebih mencuit hati peminat, gelagat Amirul membuat tarian ‘shuffle’ tersebut dengan hanya menghentakkan kaki sahaja.

“Aku sambil angkat Soraya pun boleh shuffle. Mirul ni apa entah dia buat,” tulis Ain di ruangan kapsen.

@ain.edruce

Aku sambil angkat soraya pun boleh shuffle. Mirul ni apa ntah dia buat.😒

♬ original sound – djdanish.__ ☑️

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Amirul menghentak kaki malah ada yang mengatakan dia sedang kawad kaki.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mempersoalkan Ain sepatutnya menggunakan lagu ‘Semut Berkawad’ untuk tarian Amirul.

“Kau kenapa ye mirul. Cakap la kau kenapa. Mirul dah macam pandu puteri takpun puteri islam. Mirul dulu ada masuk pertandingan kawad ke? Saje tanya.

“Mirul salah lagu tu. Sepatutnya ‘semut berkawad satu satu hora horeyyyy’. Aku tak boleh betul lah si Mirul ni,” komen netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 3.6 juta tontonan dan lebih 280,000 tanda suka.Tular sebuah video di laman media sosial yang memaparkan aksi pelakon Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa sedang menari.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ain menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Menerusi video tersebut, Ain sedang mendukung anaknya sambil
menari ‘shuffle’ bersama Amirul.

Apa yang lebih mencuit hati peminat, gelagat Amirul membuat tarian ‘shuffle’ tersebut dengan hanya menghentakkan kaki sahaja.

“Aku sambil angkat Soraya pun boleh shuffle. Mirul ni apa entah dia buat,” tulis Ain di ruangan kapsen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Amirul menghentak kaki malah ada yang mengatakan dia sedang kawad kaki.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mempersoalkan Ain sepatutnya menggunakan lagu ‘Semut Berkawad’ untuk tarian Amirul.

“Kau kenapa ye mirul. Cakap la kau kenapa. Mirul dah macam pandu puteri takpun puteri islam. Mirul dulu ada masuk pertandingan kawad ke? Saje tanya.

“Mirul salah lagu tu. Sepatutnya ‘semut berkawad satu satu hora horeyyyy’. Aku tak boleh betul lah si Mirul ni,” komen netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 3.6 juta tontonan dan lebih 280,000 tanda suka.

Nurul Hana