Cantik & Sopan Bertudung Labuh, Penampilan Amyra Rosli Dipuji – “Bidadari Amar Baharin”

Pelakon dan pengacara Amyra Rosli tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat penampilannya ketika menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Amar Baharin, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, Amyra kelihatan cantik dan sopan menggayakan tudung labuh atau khimar bersama jubah berwarna merah hati ketika mengadakan majlis kesyukuran dan tahlil buat suaminya itu.

@saraofficial.my Terima kasih dear @Amyra rosli sbb sudi pakai khimar set dari Sara Official 🌹 #khimar #khimarmalaysia #hijabfashion #fyp #amyrarosli #muslimahhijrah #muslimah ♬ original sound – 🅰️RVIAN – arviandwi

Terpegun melihat kecantikannya berpakaian sebegitu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Malah, ada juga yang mendoakan agar pelakon itu sentiasa bahagia bersama keluarganya yang tercinta.

Terdahulu, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki dua cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Fatin Nurain