“Teringat Cerita Perempuan Itu…” – Buat Video Promosi Bersama Anak-Anak, Netizen Puji Puteri Sarah

Hantaran video terbaharu pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana bersama anak-anaknya di laman Instagram meraih perhatian peminat.

Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

Menerusi video tersebut, Sarah baru pulang dari ‘shooting’ dan meluahkan rasa penat sambil memeluk dan mencium anak lelaki sulungnya, Syaikhul Islam.

@pakmatwestern Respect betul dengan Puteri Sarah…🥰 #viral #puterisarahliyana #fyp ♬ original sound – pakmatwesterncafe

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan Sarah menjadi seorang ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih kecil.

Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana pelakon tersebut melihat muka anak lelakinya yang persis muka seperti bekas suaminya, Syamsul Yusof.

“Tengok Puteri Sarah teringat cerita Perempuan Itu, Sarah memang seorang yang kuat. You are strong woman lah Puteri Sarah, love you.

“Anak sulung dia muka Syamsul betul. Macam manalah Puteri Sarah tengok dia hari-hari. Si abang ni muka macam ayah, suara macam ayah. Aduh, hari-hari Sarah tengok Syamsul junior,” komen netizen.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah sah bercerai talak satu pada 15 Jun lalu.Hantaran video terbaharu pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana bersama anak-anaknya di laman Instagram meraih perhatian peminat.

Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

Menerusi video tersebut, Sarah baru pulang dari ‘shooting’ dan meluahkan rasa penat sambil memeluk dan mencium anak lelaki sulungnya, Syaikhul Islam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan Sarah menjadi seorang ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih kecil.

Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana pelakon tersebut melihat muka anak lelakinya yang persis muka seperti bekas suaminya, Syamsul Yusof.

“Tengok Puteri Sarah teringat cerita Perempuan Itu, Sarah memang seorang yang kuat. You are strong woman lah Puteri Sarah, love you.

“Anak sulung dia muka Syamsul betul. Macam manalah Puteri Sarah tengok dia hari-hari. Si abang ni muka macam ayah, suara macam ayah. Aduh, hari-hari Sarah tengok Syamsul junior,” komen netizen.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah sah bercerai talak satu pada 15 Jun lalu.

Nurul Hana