Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Pengarah, penerbit dan pelakon tersohor, Datuk Yusof Haslam enggan mengeruhkan keadaan dengan memberikan komen balas sama ada anaknya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof pulang ke rumah atau tidak.

Katanya, sebagai ibu bapa dia dan isteri akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya, apatah lagi Syamsul kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem The Original Gangster (OG).

“Syamsul balik ke tidak, itu kami tak mahu komen kerana tidak mahu keruhkan keadaan.

“Dia pula sedang berjuang habiskan shooting filem The Original Gangster (OG). Sebagai ibu bapa, kami sentiasa doakan yang terbaik dalam apa jua situasi,” katanya.

 

Terdahulu, isu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menjadi bualan hangat netizen selepas konflik rumah tangga mereka tular di media sosial.

Bagaimanapun, kontroversi tersebut telahpun selesai selepas kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk berpisah pada 14 Jun lalu.

Dalam pada itu, Syamsul yang berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar pada 6 Januari lalu difahamkan masih belum membawa isterinya itu pulang ke kediaman Yusof.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin