Kelakar! Gelagat Sharnaaz Ahmad Buat Parodi Viral Bersama Amelia Christie Cuit Hati Peminat

Pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan peminat selepas memaparkan video lakonannya bersama Amelia dalam iklan promosi versi parodi.

Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

Menerusi perkongsian di TikTok, dilihat Amelia membantu Sharnaaz memotong kepingan kambing bakar untuk dimakan.

Apa yang lebih mencuit hati apabila Sharnaaz melakonkan parodi ‘cringe’ yang pernah tular suatu ketika dahulu.

“Kalau ada orang lain yang boleh jaga saya macam mana? Itu soalan ke cemburu?,” tanya Sharnaaz kepada Amelia.

@pakmatwestern Ikhlas ke Amelia nak jaga Sharnaaz 🤣🤣 #fyp #viral #sharnaazahmad ♬ original sound – pakmatwesterncafe

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Sharnaaz.

“Woi kuat dia menganjing mamat tu. Rosak mamu dah. Fobia nak makan kambing lepas ni,” tulis netizen.

Nurul Hana