Categories: SelebritiTrending

“Dalam Sejarah Satu Frame Dengan Idolaku” – Teruja Bergandingan Dengan Erra Fazira, Fasha Sandha Akui Berdebar

Pelakon jelita, Fasha Sandha akui berdebar dapat bekerjasama idolanya iaitu Erra Fazira dalam sebuah drama.

Kata Fasha, momen ini dianggap sebagai perkara bermakna setelah 20 tahun berkecimpung dalam industri seni kerana sebelum ini tidak berpeluang untuk digandingkan bersama.

Menerusi hantarannya di Instagram, Fasha turut berkongsi bahawa dia adalah peminat setia Erra Fazira sejak zaman persekolahannya lagi.

“Tuhan je yang tau, jantung berdebar sejak 6 pagi tadi. Sepanjang dalam perjalana ke lokasi penggambaran masih berdebar-debar. Hari ini dalam sejarah. Nak bertemu dengan idolaku, satu frame dengan idolaku @errafazira dalam #rampascintaku2 @iqiyimalaysia.

“Satu family ku tau sejak di bangku sekolah, memang nama kak Erra yang ku jerit-jerit lompat-lompat setiap kali menonton anugerah di kaca TV. Peminat setia ni,” ujarnya.

Di samping itu, Fasha memaklumkan sebelum ini dia pernah digandingkan dalam sesi fotografi namun kini dapat berlakon bersama.

“Pernah beberapa kali digandingkan untuk fotografi bersama sebelum ini. Tapi tak pernah dapat peluang bekerjasama. Benarlah rezeki tak pernah salah alamat, bersama ratuku didalam satu drama.

“Beliau yang masih disegani, masih disayangi ramai, the one and only primadona Erra Fazira.

“Beliau yang kita semua tau, Primadona yang sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, tidak pernah berkata yang tidak baik tentang sesiapapun, primadona yang tidak pernah kenal erti penat.

“Primadona yang masih kekal menjadi Ratu Cantik sehingga hari ini… MasyaAllah… AURA!!! Takkan pernah hilang,” tulis Fasha.

Dalam pada itu, Erra Fazira juga sempat meninggalkan komen pada hantaran Fasha.

Atiqah Johari