Kematian Sulli Buka Mata Industri KPop…

Lagi-lagi kes artis KPop yang menjadi kegilaan ramai remaja di Malaysia bunuh diri akibat masalah depresi. Baru-baru ini, indusri hiburan Korea dikejutkan dengan kematian satu lagi artis terkenal mereka; Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, yang merupakan penyanyi dan pelakon terkenal di negara itu.  Sulli mula berlakon pada umur 11 tahun dan kemudiannya melonjak popular ketika menyertai kumpulan f(x) pada tahun 2009.

Sehari sebelum kematiannya, beliau dikatakan masih lagi bekerja seperti biasa malah dijadualkan untuk sebuah sesi penggambaran sebuah jenama bag ‘Stretch Angels’, yang juga merupakan posting terakhir di laman instagramnya, manakala laman twitternya pula sudah di’private’kan

Kematian beliau bagaimanapun membuka mata banyak pihak khususnya pihak pengurusan agensi yang dikatakan gagal untuk melindungi artis-artis daripada ancaman ‘toxic fandom‘ atau kecanduan peminat-peminat yang terlebih taksub dengan artis-artis yang diminati mereka. 

Sulli ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan dipercayai telah membunuh diri akibat mengalami masalah depresi yang parah.  Beliau dikatakan merupakan antara artis-artis yang menjadi sasaran pengkritik online tanpa nama (anonymous) yang memberikan kritikan-kritikan pahit, bagi setiap gerak-gerinya.

Antara perkara-perkara yang mendapat kritikan hebat termasuklah ketika Sulli membuat live streaming aksi beliau minum bersama teman-temannya, mengaku selesa dengan tidak memakai pakaian dalam di khalayak ramai, serta menentang imej ‘innocent‘ yang disukai oleh industri hiburan di sana. 

Beliau memang mengakui secara terang-terangan bahawa penderaan secara online adalah penyebab kepada masalah gangguan mental dan depresi yang dialaminya.  Banyak selebriti yang memulakan karier di usia muda mengalami masalah depresi, menurut pakar psikiatri Pak Jong-seok melalui sebuah artikel di Korea Times.  Ini adalah kerana mereka ini terdedah kepada mata publik dan tidak tahu bagaimana cara untuk menghadapi dan menangani perhatian yang terlalu banyak, menurut beliau lagi.

Del14