“All the best” untuk Farzana ~ Neelofa

Neelofa beri kata semangat sambil mencerminkan jatuh-bangun kehidupan selepas Dewi Remaja di laman twitternya.  Beliau memberi komen terhadap sebuah tweet oleh @LeenaJohan yang memaparkan sesi catwalk program Dewi Remaja oleh seorang peserta bernama Farzana.

Rakaman IG live selama 39 saat itu kini telah mendapat lebih 560 ribu tontonan serta lebih 16 ribu retweet. Walaupun ramai yang memberi komen bahawa mungkin peserta Dewi Remaja tersebut masih belum terbiasa memakai kasut bertumit tinggi, komen-komen lain antaranya daripada mereka yang hadir di acara tersebut mendedahkan kalau pentas peragaan pada hari itu agak tidak stabil menyebabkan peserta tersebut tersadung beberapa kali. 

Seperti yang dikongsikan oleh @LeenaJohan, peserta tersebut terjatuh sebanyak tiga kali namun tetap berusaha untuk menyelesaikan rutin catwalknya dan mendapat tepukan semangat oleh para penonton.  Neelofa memuji Farzana untuk kesungguhan dan keyakinan diri untuk terus bangkit setiap kali dia jatuh dan memberi ucapan “All the best” untuk masa depan peserta tersebut.

Del14