Kembali Ke Set, Izara Aishah Letak Syarat?

Meskipun diberi keizinan untuk terus berlakon, Izara Aishah mengaku tahu menjaga batas dalam setiap watak yang digalas.

Izara yang muncul dalam Ombak Rindu The Series memberitahu dia tidak mahu melakonkan babak romantis berlebihan dengan hero, Remy Ishak

“Saya perlu jaga hati suami dan keluarga. Itu syarat saya sebelum bersetuju membawa watak Izzah.

“Memang ada adegan romantis melibatkan watak Hariz lakonan Remy dan saya pula sebagai isterinya membawa watak Izzah.

“Saya memaklumkan kepada pengarah, Abang Osman dan dia sangat faham tentang hal ini,” katanya.

Untuk rekod, Izara berkahwin dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Adib Khalid pada 17 November 2017 selepas tiga tahun bercinta.

Ombak Rindu The Series arahan Osman Ali turut membariskan pelakon Datin Diana Danielle, Uqasha Senrose, Hanna Aqeela, Corrie Lee dan ramai lagi.

Oleh: Fas

SGMS Faida