Categories: Filem

Lagu “Mamak Maju, Servis Laju!” Trending #2 Di Youtube, Terima Kasih Rakyat Malaysia!

“Order? Nasi Goreng Kampung Telur Mata…Tapi tak nak telur.”

“SIAPPPPPPPP!!!!”

Semestinya penonton yang menyaksikan filem animasi Ejen Ali The Movie terhibur dengan telatah Geng Jeneral Rama berserta lagu Mamak Maju, Servis Laju! bukan?
 
Haa, nampaknya lagu Mamak Maju, Servis Laju ini telah menjadi trending #2 di laman Youtube dengan jumlah tontonan sebanyak 927 ribu tau!

Tahniah diucapkan buat semua Ejen yang telah menonton dan menyokong filem animasi tempatan sehingga menjadikan filem Ejen Ali The Movie antara filem yang mendominasi kedudukan Top 10 Todays Movie di pawagam.

 

Buat korang yang belum dengar lagu “Mamak Maju, Servis Laju!”, apa kata korang layan dulu lagu di bawah ini ok!

So, terima kasih diucapkan kepada semua ejen di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura!

Jangan lupa kunjungi  pawagam berdekatan korang bersama  keluarga dan rakan-rakan korang untuk menonton adegan yang mencuit hati ni hanya dalam Ejen Ali The Movie!
Bertindak segera Ejen!
Syafiqa Irdina