Kemelut Antara Nora Danish Dan Fasha Sandha Akhirnya Terjawab!

Sebut sahaja mengenai pelakon cantik jelita, Nora Danish dan Fasha Sandha pasti rasanya sudah mengagak apakah lagi kontroversi yang berlaku antara mereka. Namun, kali ini Nora Danish tampil dengan kenyataan tentang status perhubungan mereka.

Menurut Nora Danish, beliau sendiri mengakui mahu menamatkan segala kemelut bersama Fasha sejak sekian lama. Bagi Nora, ini merupakan cara terakhir buat mereka berdua dan Nora sendiri sedang menunggu perintah Mahkamah sebelum mengeluarkan

sebarang kenyataan berhubung kes mereka. Dan, apa yang penting ialah, Nora mengaharapkan pengakhiran yang baik buat dirinya dan juga Fasha.

“Between me against Fasha for defamation, I shall make statement as soon as i receive the sealed order of the court which should be very soon. Very soon (mengenai kes saman fitnah saya terhadap Fasha, saya akan membuat kenyataan sebaik sahaja saya menerima perintah mahkamah dalam masa yang terdekat) korang nantikan okey. Apa yang saya akan beritahu nanti, inilah nokhtahnya. Ia akan menjadi yang terakhir. Saya positif, sangat positif.” Jelasnya

Diharap,apapun keputusan mengenai masalah yang timbul akan berakhir seperti yang diinginkan oleh Nora mahupun Fasha Sandha. Kan bagus berbaik-baik di bulan ramadan ni, berkat!

Salma Syahbuddin