Hiburan By: SGMS Faida October 31, 2019 @ 1:53pm

Siti Nurhaliza Harapkan ‘Terang’ Bantu Pesakit Jantung!

Dijalankan sejak tahun 2011, kempen Simply Siti Di Hati diteruskan pada tahun ini bagi mengumpul dana membantu  kanak-kanak pesakit jantung.

Pengasasnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan berbesar hati menjayakan kempen ini kerana memahami perasaan ibu-bapa yang anak mereka mengalami masalah jantung.

“Sebagai seorang ibu, saya faham perasaan bagaimana ketika anak sedang sakit. Aafiyah kalau demam pun saya sudah susah hati apa lagi jika berdepan dengan penyakit kronik. Atas sebab itu saya terpanggil untuk menghulurkan bantuan menerusi kempen yang bakal memberikan sinar baharu kepada kanak-kanak ini,” katanya kepada Xtra.

Sementara itu, Siti memaklumkan kempen kali ini yang dijalankan bermula November hingga Disember meletakkan sasaran sebanyak RM70,000 untuk membantu sekurang-kurangnya lima pesakit kanak-kanak.

“Sejak 2011, Simplysiti Di Hati berjaya mengumpul dana sebanyak lebih RM 200,000 yang disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan telah membiayai kos perubatan dan pembedahan 14 kanak-kanak yang menghidap masalah jantung.

“Istimewanya ahun ini saya melancarkan single terbaharu berjudul ‘Terang’ yang diangkat sebagai video kempen kali ini. Lagu ini bakal memberi semangat kepada kanak-kanak ini untuk terus kuat dan bersemangat dalam mengharungi ujian  hidup,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019 merupakan kolaborasi diantara SIMPLYSITI dan juga Yayasan institut Jantung Negara yang bermula pada tahun 2011. Kempen ini telah pun berjaya mengumpul dan menyalurkan dana melebihi rm200,000.00 bagi membiayai dana dan kos pembedahan 14 org kanak-kanak pesakit jantung. Tahun ini, 5 kanak-kanakpesakit jantung akan mendapat bantuan. . Konsep membeli sambil menderma iaitu setiap pembelian RM120 ke atas produk SIMPLYSITI termasuk BeauSiti, dan juga menerusi peraduan Derma Dan Menang. Selain itu saya juga akan turun padang untuk sesi meet & greet. Semua .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Marilah sama-sama kita menjayakan Kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019! .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Penghargaan kepada: Benefisiari: @ijnmalaysia Penaja lokasi: @newworldpetalingjaya Penaja bersama: @creacionbysitinurhaliza & @chatime.malaysia Penaja deco: @balloonnpartysupplies Emcee: @fizafrizzy @universalmusic_my Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. . #SIMPLYSITIDIHATI2019 #Terang #SIMPLYSITI #ForTheBeautyInYou

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

‘Terang’ merupakan ciptaan komposer Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Shah Shamsiri yang akan dimuatnaik di saluran Youtube bermula 1 November ini. Sekiranya tontonan mencapai 1 juta, Simplysiti akan menyumbangkan lagi RM10,000 kepada Yayasan IJN.

Malah melalui beberapa kempen ‘membeli sambil menderma’ setiap pembelian produk Simplysiti berjumlah RM120 dan RM200 bagi pembelian di mana-mana butik Creacion,  sebanyak RM5 akan disumbangkan ke tabung.

Selain itu, melalui peraduan ‘Derma dan Menang” pelanggan yang membeli produk Simplysiti berhak mendapat satu hadiah kotak eksklusif yang mengandungi gincu bibir dan baucer. 

Cara penyertaannya, pembeli hanya perlu  berkongsi gambar swafoto bersama kotak hadiah Simplysiti Di Hati berkenaan dan dimuatnaik ke dalam facebook atau Instagram masing-masing dengan hashtag #simplysitidihati2019.

15 pemenang bertuah dengan gaya menarik bakal dipilih untuk memenangi “Fun Day Out’ bersama Siti Nurhaliza.

Oleh Fas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022

“Duda Terhangat Di Pasaran” – Shuib Dedah Terima DM Makcik & Wanita Yang Mahu….

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu mengakui ada mendapat banyak Direct Message (DM) dihantar oleh ‘makcik-makcik’ yang ingin menjadikannya sebagai menantu mereka. Menerusi temu bual bersama Nabil di program MeleTop, Shuib turut memberitahu […]

Fab Foodies! Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Sertai Kool FM, Linda Onn Kembali Ke Udara!

Tulis Linda di laman Instagramnya, Kepada semua, terima kasih kerana mendengar dan teruskan sokongan buat Kool FM, kerana mereka kool!

Featured Thu, 6 Oct 2022