“Kena Pindah Pergi Mars La Kot Family Saya Eh…” – Aisha Retno Bersuara Isu Sophia Albarakbah, Respons Bella Astilah Pula Curi Perhatian

Penyanyi, Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meinggalkan komen di media sosial portal hiburan memaparkan temuramah bersama sepupunya, aktres Sophia Albarakbah berhubung kehadirannya ke program realiti hiburan.

Menerusi temuramah tersebut, Sophia menjawab persoalan media yang bertanya mengenai tujuan sebenarnya hadir ke program tersebut sama ada untuk menonton persembahan selebriti, Aliff Aziz.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Aisha yang terkesan terhadap isu tersebut meninggalkan komen di laman Instagram portal hiburan tersebut seakan meluahkan rasa kesal apabila ahli keluarganya dikritik.

“Kena pindah pergi Mars lah keluarga Aisha kot eh? Baik, noted,” tulisnya dalam nada sindiran.

Bukan itu sahaja, isteri kepada selebriti Aliff Aziz iaitu Bella Astilah turut membalas komen Aisha itu seakan mengiyakan ahli keluarga Aisha perlu berpindah keluar negara.

“Maybe?” tulis Bella membalas sindiran Aisha.

Sebelum ini, nama Sophia menjadi sebutan ramai selepas dia mengakui hadir ke program nyanyian tersebut untuk memberi sokongan kepada Aisha yang membuat persembahan di belakang tabir, selain turut memberi sokongan kepada Liza Hanim.

Susulan itu, Bella pula mendakwa Sophia memutar belit cerita dan menipu kepada media yang menyatakan Sophia berada di program tersebut sehingga suaminya, Aliff Aziz membuat persembahan.

Artikel Berkaitan: Tiada Niat Terselindung, Sophia Albarakbah Hanya Beri Sokongan Untuk Aisha Retno

Artikel Berkaitan: Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

Artikel Berkaitan: “Bukankah Patut Jaga Hati Isteri Lagi Penting”- Bella Astillah Sentap Kenyataan Aliff Aziz Isu Babitkan Sophia Albarakbah?

Aqilah Paharuzi