[VIDEO] Sheila Rusly Dengan Menantu, Elisya Sandha Bertikam Lidah Gara-Gara…

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan pelakon dan pengarah popular Sheila Rusly dengan menantunya yang juga seorang pelakon Elisya Sandha.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elisya sedang membuat persiapan untuk menyediakan juadah lauk kepada suaminya iaitu, Uzair Haqimy.

Namun, berlaku sedikit perbalahan apabila Sheila dan Elisya mula bertelagah soal makanan kesukaan Uzair.

Menurut Sheila, makanan kegemaran anaknya itu adalah Kurma Kambing. Namun, menurut Elisya pula, Kambing Masak Merah adalah menjadi pilihan hati suaminya.

Keadaan menjadi tegang apabila kedua-duanya saling bertikam lidah soal makanan kegemaran Uzair.

Bagi mendapatkan kepastian dan jawapan, Elisya terus menghubungi suaminya itu dan bertanyakan apakah Kambing Masak Merah menjadi kegemarannya.

Namun, Uzair menjawab pertanyaan tersebut dengan menyatakan Kambing Perap adalah kegemarannya dan bukannya Kambing Masak Merah atau Kurma Kambing.

Jawapan Uzair tersebut ternyata memberi kejutan kepada Elisya dan Sheila.

Ternyata ‘lakonan’ kedua-kedua mereka untuk tujuan promosi itu berjaya menarik perhatian netizen sehingga ramai menyifatkan lakonan tersebut ibarat babak dalam drama.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet  memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Khairil Khusyairi