Categories: HiburanTrending

Tahniah! Isteri Fad Bocey Selamat Bersalin Anak Ke-5

Pelawak Fad Bocey memaklumkan isterinya, Nur Syahirah A. Rahman telah selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, jam 9.20 pagi tadi.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Fad menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Namun, Fad tidak mendedahkan nama, jantina dan wajah anak kelimanya itu.

“Alhamdulillah, pada jam 9.20pagi tadi isteri saya Syaheera A. Rahman selamat melahirkan baby kelima kami. Terima kasih untuk doa semua juga yee.

“Terima kasih Dr Norleen dan @avisenawcsh jaga wife dan baby saya, nanti saya vote doctor untuk doctor terbaik. Nanti kami share gamba baby okay,” tulisnya.

Terdahulu, Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Fatin Nurain