Hiburan By: Afiqah Azizan February 27, 2023 @ 10:30am

Kenali ‘The JoKeRs,’ Trio Fly FM Yang Menghiburkan

Setiap dari kita pastinya mahukan permulaan hari yang baik bukan hanya pada waktu bekerja, tetapi waktu cuti juga. Memulakan hari yang baik amat penting kerana ia boleh mempengaruhi mood dan rentak seharian. Pagi yang dihiasi dengan gelak tawa dan aura positif memang terbaik. Ahli ‘The JoKeRs’ yang terdiri daripada Juanita, Kavin Jay dan Ryan Howlett boleh membantu dalam hal ini!

Nama ‘The JoKeRs’ itu begitu bermakna kerana ia merujuk kepada nama ahli-ahli hos rancangan itu sendiri. J untuk Juanita, K untuk Kavin dan R untuk Ryan. Perasan tak?

Setiap daripada mereka ini mempunyai latar belakang yang agak berbeza. Maka tidak hairanlah yang mereka membawa kepelbagaian yang menarik dalam rancangan radio mereka itu.

Juanita pernah bertugas sebagai penerbit rancangan pagi untuk sebuah stesen radio lain sebelum dia sendiri menjadi penyampai radio. Kavin pula telah menempa nama sebagai seorang pelawak terkenal. Manakala Ryan telah giat menghiburkan dunia maya dengan pandangannya sebagai seorang Mat Salleh yang menetap di Malaysia.

Gelombang Radio

Juanita, Kavin dan Ryan masing-masing melangkah masuk ke dunia radio dengan cara yang berbeza.

Bagi Juanita, menjadi personaliti radio merupakan cita-citanya sejak dia berusia 16 tahun. “Saya pendengar Fly FM. Pada masa itu, Jules merupakan personalitinya. Dan saya masih ingat yang ia terlintas di fikiran saya tentang betapa hebatnya untuk melakukan kerja di mana anda digalakkan untuk menjadi diri sendiri. Jadi sekarang saya telah melakukan kerja ini selama 11 tahun. Saya rasa radio adalah cinta pertama saya.”

Namun, lain pula ceritanya untuk Kavin dan Ryan. “Saya rasa saya tidak pernah mempunyai keinginan untuk menjadi DJ radio,” kata Kavin. Cita-citanya sewaktu kecil adalah untuk menjadi juruterbang. Tetapi minat untuk dunia radio telah dipupuk setelah dia mendapat pendedahan langsung.

Ryan pernah terfikir untuk menjadi DJ radio sewaktu kecil. Namun, ia tidaklah serius sehingga menjadi suatu cita-cita. “Tetapi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, saya mendapat pelbagai peluang atau peluang telah datang kepada saya. Jadi saya melihat situasi sekarang sebagai peluang yang menakjubkan. Namun, saya memang tidak menjangkakannya sama sekali,” maklumnya.

Hari Pertama Bekerja

Hari pertama bekerja selalunya merupakan pengalaman yang agak menakutkan. Menyedari bahawa suara anda akan ke udara di seluruh negara tentunya sedikit sebanyak menambah tekanan.

“Hari pertama saya sangat menggetarkan. Saya bekerja dengan Ryan Matjeraie. Ini 10 tahun lalu,” kata Juanita. “Ianya lebih mudah kerana dia membantu saya dengan apa yang nak diutarakan ke udara seperti, ‘Baiklah, ini topiknya. Inilah apa (dan) bagaimana kita akan melakukannya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juanita David Ramayah (@juanitadr)

“Tetapi atas sebab tertentu, sistem telah kucar-kacir pada masa itu. Jadi apabila kami menelefon Jinnyboy, semua yang diperkatakan kepadanya menerusi telefon dengan mikrofon yang dimatikan telah ke udara,” kenangnya. Juanita dan Ryan tidak menyedari keadaan itu sehingga seorang pendengar memaklumkannya menerusi panggilan telefon.

“Kami terpaksa berpindah stesen ke studio sandaran lain untuk membuat penyampaian.” “Ia agak huru-hara tetapi ia adalah cerita hari pertama yang menarik,” kata Juanita dengan senyuman yang lebar.

Pengalaman hari pertama Kavin di radio adalah menerusi slot selama dua jam pada pukul 2 pagi untuk sebuah stesen radio yang berbeza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kavin Jay (@kavinjay)

“Pada mulanya saya cuba untuk menjadi – kerana ia adalah stesen yang sangat tertib – jadi saya cuba untuk menjadi tertib.” Itu hanya bertahan selama sejam. “Jam kedua, saya lebih bebas dan saya lebih berseronok.”

Sebagai seorang yang mula dikenali ramai menerusi media sosial, Ryan berasa teruja pada hari pertamanya sebagai penyampai radio.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryan Howlett (@ryanmahowlett)

Katanya, “Daripada membuat content di mana saya boleh lihat siapa yang menonton dan memberi komen secara langsung kepada dunia radio di mana apabila saya boleh mengatakan sesuatu dan saya tak pasti bagaimana penerimaannya. Memang tak tahu langsung.”

“Jadi saya akan cakap sesuatu kemudian bertanya, ‘Baiklah, bolehkah saya kata itu?’ Dan kebanyakan masanya jawabnya adalah, ‘Tidak, anda tidak boleh berkata sebegitu. Anda perlu melakukannya dengan cara ini,’” tambahnya.

Tanggapan Awal

Juanita, Kavin dan Ryan sememangnya trio yang menghiburkan. Mereka membangkitkan suasana riang seperti sewaktu bersama dengan kawan baik. Tetapi menurut Ryan, perkara itu tidak terbit pada perjumpaan awal mereka. Pertemuan pertamanya dengan Kavin adalah pada sebuah majlis Hari Raya di Media Prima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kavin Jay (@kavinjay)

Ryan telah menyapa Kavin yang baru sahaja tamat waktu kerjanya dan sedang menjamu selera. Namun, Ryan hampa kerana reaksi Kavin yang tidak memberangsangkan membuatnya berasa bahawa dia telah memberi tanggapan pertama yang tidak baik.

“Saya sebenarnya fikir awak tidak suka saya semasa kita mula-mula bertemu,” kata Ryan kepada Kavin.

Kavin kelihatan terkejut mendengarnya. Namun, katanya, “Mana boleh kacau daun apabila seseorang tengah makan.” Dia juga mengakui bahawa dia sebenarnya telah keliru akan Ryan dengan seorang pempengaruh Mat Salleh yang lain.

Juanita pula menyatakan bahawa Ryan menonjolkan diri sebagai seorang yang sopan dan positif. Manakala dia sudah lama mengenali Kavin. Namun, apabila dia tahu yang dia akan bekerja bersama pelawak itu, dia terfikir, “Aiyo, si perengus di pagi hari ah? Betul ke?”

Keistimewaan Tersendiri

Terdapat pelbagai sebab yang menjadikan ‘The JoKeRs’ begitu istimewa.

Bagi Kavin, keikhlasan interaksi mereka meletakkan mereka dalam kelas tersendiri. Dia berkata, “Secara individu, saya rasa kami lucu dan kami membawa nilai itu bersama secara semula jadi. Elemen komedi itu dibangkitkan dengan sangat baik.”

Ryan menyuarakan sentimen yang sama. Menurutnya, latar belakang unik mereka membentuk gandingan yang lebih menyeronokkan. “Saya rasa tidak ada rancangan atau pesaing yang mempunyai dinamik seperti kami – tiga orang yang sangat berbeza yang boleh berbual antara satu sama lain dengan cara yang boleh diselami oleh orang ramai.”

Juanita memuji seluruh tenaga kerja yang terlibat dengan rancangan pagi di Fly FM itu. “Kami sangat, sangat bekerja keras,” katanya. “Kami mempunyai pasukan yang amat berpengalaman. Mereka membangunkan stesen radio dari mula.”

Dia juga menyatakan, “Dan kami mempunyai individu-individu yang sangat bagus yang bekerja dengan kami, membina rancangan, meningkatkan rancangan kami, memberi kami seberapa banyak yang mereka boleh untuk menghiburkan pendengar pada waktu pagi dan kami memberi hati dan jiwa kami dalam penyampaian. Jadi sudah tentu, kami benar-benar mahu orang ramai mendengar dan terhibur.”

Dengarkan ‘The JoKeRs’ pada setiap hari bekerja dari 6-10 pagi di Fly FM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Fri, 17 May 2019

‘Kalau Boleh Nak Yang ‘Evergreen’- Kaka Pening Pilih Nama Anak

Saya sudah membuat imbasan jantina kandungan cuma buat masa ini hanya ibu mertua sahaja yang tahu jantina bakal anak.

Hiburan Thu, 12 Dec 2019
Featured Mon, 1 Aug 2022

Luah Rasa Syukur Walau Diuji, Syifa Melvin Imbau Kenangan Di Tanah Suci – “Umrah Kali Ini Lain Macam Sikit”

MasyaAllah, nikmat yang tak terhingga bila doa yang kita hajati dimakbulkan serta merta 😇

Contest Fri, 10 May 2019

xtra好康头 | 送你《蔡琴2019有琴有艺演唱会》入门票

「金嗓歌后」蔡琴重返大马云顶云星剧场!xtra好康头将送你入门票,与蔡琴一同欢聚共庆父亲节。

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

「情歌天后」龙千玉台湾推大秀坚持云顶如期开唱!

「台语天王」蔡小虎和龙千玉明年1 月5 日携手在云顶开唱;现在还有不到几天就开秀,龙千玉接受访问时爆说这场演唱会和台湾一年一度的综艺大秀撞期,唯她忍痛推秀坚持到云顶开唱!

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Pilih Model Jadi Suri Hati, Sean Lee Sah Bergelar Suami!

Wahhh, congrats Sean Lee and wife 😘😘

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Wohoo, Blues Gang Buat Comeback September Depan!

Kali ini kami muncul berlima sahaja memandangkan salah seorang daripada anggota Blue Gang, Jim Mandasamay meninggal dunia April lalu.