Bekas Kekasih Harap Justin Bieber Cepat Kahwin?

Kejutan Justin Bieber yang memilih bertunang dengan model cantik, Hailey Baldwin, 9 Julai lalu bukan hanya memeranjatkan peminatnya malah bekas kekasihnya juga. Sudah tentulah kan, nama pun ex-girlfriend.

Tetapi penyanyi Selena Gomez yang sudah ‘masak’ dengan sikap Justin Bieber memberitahu dia amat berharap Justin berkahwin secepat mungkin.

Lapor Hollywoodlife.com, jika perkahwinan itu diadakan dalam masa yang terdekat ini, segala tanda tanya dalam fikiran Selena akan berakhir.

Menurutnya, dia banyak memikirkan tentang apa yang bakal berlaku dalam hubungan Justin dan Hailey lebih-lebih lagi dalam soal perkahwinan.

Kata sumber, “ Jangan salah faham, Selena sudah lama move on dan bahagia dengan kehidupannya sendiri,”

Pasangan selebriti popular ini dikhabarkan sudah di fasa terakhir persiapan perkahwinan namun kedua-dua belah pihak masih belum memberi sebarang kepastian mengenai perkara itu. Sabarlah ya Selena!

SGMS Faida