Kenapa Mia Ahmad Teruja Bergelar Ibu?

Rezeki setiap orang adalah berbeza. Ada yang diberikan kerjaya yang baik, harta yang banyak, pasangan yang memahami dan sebagainya. Begitu juga rezeki buat si cantik manis, Mia Ahmad atau nama sebenarnya, Samihah Binti Ahmad Baderi.

Mia Ahmad telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Mohd Izham Tarmizi, iaitu penjaga gol kelab bola sepak tempatan. Dan, perkahwinan mereka ini telahpun mencecah usia satu tahun sejak dinikahkan pada 13 Januari 2017.

Selepas mengalami keguguran pada awal Disember lepas, kali ini Mia dilihat telah memuat naik gambar beliau bersama suami tercinta. So sweet orang kata!

Menurut Mia, mereka bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Patutlah Mia dilihat semakin berseri-seri sekarang kan?

Melihat kepada caption tersebut, rata-rata peminat mengucapkan tahniah serta berkongsi kegembiraan itu bersama artis kesayangan mereka ini.

 

Kami berharap Mia dan bayi sentiasa sihat walafiat dan berada dalam keadaan yang baik. 

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops