Categories: Trending

Niat Beli Jentolak ‘Lebur’, Peniaga Hilang RM 62,000

Dek terpedaya ketika urusan jual beli sebuah jentolak di laman iklan yang dipaparkan menerusi Mudah.my, seorang peniaga rugi RM62,000.

Sudah lah keluar duit yang banyak, lebih malang lagi rupa-rupanya jentolak tanah itu sebenarnya tidak wujud!

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Superitenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada mulanya mangsa yang berusia 48 tahun itu telah memasukkan RM 1000 sebagai tanda setuju.

“Mangsa berurusan dengan lelaki bernama Samsul yang memberitahu mangsa tidak perlu ke Muar, Johor untuk  mengambil jentera itu jika membuat bayaran penuh sebanyak RM61,500 kerana mendakwa memberi diskaun.

“Mangsa terus memasukkan wang sebanyak RM30,000 di Maybank Jerantut dan RM31,500 di Maybank Bandar Jengka. Bagaimanapun, Samsul memberitahu mangsa bahawa dirinya adalah penipu selepas transaksi wang itu dilakukan,” katanya.

Mohd. Wazir menambah mangsa membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

 

 

SGMS Faida