Buang Lemak! Sherry Al- Hadad Diberi Amaran

Pengacara dan pelakon yang sedang mendapat tempat dihati peminat ini nyata akur dengan nasihat doktor apabila diminta untuk membuang lemak sebelum diserang penyakit berbahaya dalam tempoh masa beberapa tahun sahaja lagi.

Disebabkan nasihat doktor itu, Sherry Al Hadad dilihat berusaha keras menurunkan berat badannya sejak 3 bulan yang lalu, lantas berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram setakat ini.

Menurut Sherry, sebelum ini beliau pernah mendapatkan pemeriksaan doktor, dan doktor menasihatkan, beliau cuma ada tiga tahun sahaja untuk menjaga kesihatan dirinya itu.

“Sebelum ini saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan doktor selalu cakap ada tiga tahun sahaja untuk jaga kesihatan. Bukan untuk mati, tapi untuk mengelak daripada sebarang penyakit. Alhamdulillah saya dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram dalam masa tiga bulan.” Katanya

Kalau dilihat, Sherry sekarang ini nampak lebih susut jika dibandingkan dengan keadaannya dahulu. Mana taknya, dahulu sahaja berat Sherry sudah mencecah sebanyak 119 kilogram dan selepas tiga bulan Sherry sudah berjaya menurunkan berat badannya sehingga 108 kilogram. Namun, menurut Sherry sasarannya adalah untuk menurunkan berat sehingga bawah 100 kilogram dalam masa dua bulan sahaja lagi. Wow!

Jika ditanya sesiapa sahaja, tentang cara-cara bagaimana mahu menurunkan berat badan, pastinya keputusan itu sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Mana tidaknya, perkara pertama yang harus ditangani adalah menahan nafsu daripada makan makanan kegemaran masing-masing kan?

Apapun, tahniah juga buat Sherry Al Hadad kerana berjaya menurunkan berat badan dengan begitu komited sekali!

Salma Syahbuddin