Hiburan By: Padin October 11, 2023 @ 12:45pm

Kerajaan Malaysia Teliti Tindakan Indonesia Haramkan TikTok Shop, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sudah Bersedia

Pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersedia dengan sebarang keputusan yang bakal diambil susulan kerajaan Indonesia yang mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan mengumumkan Indonesia mengharamkan TikTok Shop yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian berkuat kuasa serta-merta.

Ia bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran kerana harga ditawarkan terlalu murah hingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis serta menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan, sekali gus ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat lagi bermanfaat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan pada 7 Oktober lalu yang mengatakan kerajaan Malaysia akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh Indonesia mengharamkan TikTok Shop sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Sudah Bersedia

Peka dengan isu semasa, Aeril dan Wawa yang mengusahakan perniagaan kecantikan Wawa Cosmetics mempunyai pandangan tersendiri.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Sudah Bersedia.

“Sebagai usahawan, kami sedar dengan perkara terbabit. Saya difahamkan penutupan TikTok Shop di Indonesia adalah untuk menambah baik ekosistem perniagaan di negara terbabit.

“Ada ura-ura juga yang mengatakan Malaysia bakal mengambil tindakan sama. Nak kata bersetuju sekiranya perkara itu akan terjadi pun tak boleh juga kerana banyak peniaga kecil kami yang menjual produk menerusi TikTok Shop.

“Sebelum adanya TikTok Shop, kami ‘survive’. Kami memulakan serta membangunkan bisnes sebelum adanya TikTok Shop lagi,” kata Aeril kepada XTRA.

Tambah aktor Serpihan Sayang itu, mereka sudah ada perancangan tersendiri sekiranya TikTok Shop diharamkan di Malaysia.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Ada Perancangan Tersendiri

“Ada atau pun tidak TikTok Shop, kami sudah mempunyai perancangan masa hadapan mengenai apa yang bakal dilakukan. Kalau kena ‘ban’, kami sudah merangka apa yang kami harus buat. Jika ia masih diteruskan, kami pun sudah mempunyai perancangan yang bakal dilakukan.

“Ada stokis bergantung dengan TikTok Shop, ada juga stokis yang bergantung kepada jualan secara offline, mereka mempunyai ‘team’ yang ramai. Apa pun keputusan kerajaan, kami sudah bersedia. Jika benar ia bakal dilaksanakan di Malaysia, kami harap pihak berkuasa dapat memberi masa untuk peniaga dan keputusan tidak dibuat dengan drastik,” katanya lagi.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Sudah Bersedia.

Wawa dan Aeril ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu mereka, Wawa Tinted Sunscreen di Puchong, baru-baru ini.

Menawarkan solusi dua dalam satu, pemilihan bahan aktif di dalam produk terbaharu Wawa Cosmetics ini bukan sahaja membantu mengelakkan cela, namun turut memudahkan sesi solekan.

Tegas Wawa, penggunaan krim tabir suria atau ‘suncreen’ cukup penting dalam rutin penjagaan kulit wajah, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas.

“Kami memilih SPF 35+ dan PA+++ kerana ini kandungan yang terbaik bagi perlindungan wajah, ia tidak berminyak dan cukup ringan. Jadi selesa dipakai walau seharian di luar.

“Buat masa ini kami hanya mempunyai tona warna ‘light’ dan ‘natural’ sahaja, namun melihatkan permintaan yang cukup positif, Insya-Allah lebih banyak pilihan tona warna akan dikeluarkan,” kata Wawa.

Dalam acara sama, Wawa dan Aeril turut mengumumkan personaliti media sosial popular, Dahlia Rizal sebagai wajah untuk produk berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

Alan Walker Believes Malaysia is Making a Great Impact on the Environment

He hopes that we will continue to contribute towards the environment!

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

#mentor7: ‘Tak Pernah Rasa Selesa Walaupun…’ Zaaim Takut Disebut Bakal Juara?

Protege Siti Nordiana, Zaaim menyifatkan pujian sebagai pemangkin untuk terus membuat yang terbaik di konsert separuh akhir Mentor musim ketujuh ini. Zaaim atau nama sebenarnya Zaaim Abdullah ketika ditemui sejurus tamat konsert Mentor berkata dia […]

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Gambar Dah Padam, Saya Tak Sedar – Ismail Izzani

Ismail ketika dihubungi hari ini memberitahu, sudah memadamkan gambar terbabit dari akaun media sosialnya.

Featured Tue, 16 May 2023
Hiburan Tue, 30 Apr 2024
Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Events Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Tue, 5 Dec 2023