Categories: Hiburan

Kerap Kena Body Shaming Ketika Hamil, Madammu Kongsi Journey Capai ‘Body Goal’ Pula!

Usahawan Eriyca Baiduri atau Madammu tampil berkongsi perjalanannya untuk mecapai semula bentuk badan idaman, selepas tiga bulan bersalin.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Madammu menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Sebelum ini, Madammu pernah berkongsi dirinya sering di body-shaming oleh sesetengah netizen sewaktu mengandungkan anak pertamanya, Ahmad Kayden.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam perkongsian tersebut, Madammu turut mendedahkan berat badannya kini sudah mencecah 45kg diikuti dengan video work-out.

“73kg – 56kg – 45kg!,” tulisnya.

@madammmmu73kg – 56kg – 45kg!

♬ original sound – madammu

Kagum dengan semangat usahawan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Namun, ada juga yang meluahkan kebimbangan mereka melihat keligatan Madammu bersenam selepas bersalin secara pembedahan.

Madammu bagaimanapun turut menjelaskan bahawa dia sudah mendapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut.

 

 

Fatin Nurain