Kerjaya Nazim Dikatakan ‘Sendu’ Kerana Asyik Bercuti!

Sebagai selebriti kadang-kadang mesti pening nak melayan karenah netizen.  Ada je yang tak kena pada mata mereka.  

Ini yang terjadi kepada pelakon dan model, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman (35 tahun) baru-baru ini yang telah menjawab pertanyaan sinis netizen tentang hidupnya yang dikatakan ‘sendu’ kerana asyik memuatnaik foto bercuti seolah-olah kurang tawaran berlakon.

“Nazim ni asyik bercuti je? Tak kerja ke? So sendu.

“Dalam setahun ada 365 hari.  Saya bercuti 60 hari.  Ada baki 305 hari lagi untuk bekerja.  Satu hari saya bekerja bukan 8 jam.  Adakalanya keluar rumah subuh, habis shoot pukul 2/3 pagi,” tulis Nazim. 

“Habis tu? Kat IG penuh gambar bercuti je?  Tak banyak gambar tengah kerja pun?

“Hasil kerja saya boleh tengok kat TV.  Gambar travel saya tak kan keluar TV.  Masuk IG je itu pun tak semua.  Kalau post semua, takut awak muntah nanti.

“Saya bekerja keras, lebih gigih dari sesetengah orang.  Walau bagaimanapun, saya lebih gemar untuk menyimpan kerja di bawah radar.  Keluar TV nanti orang taulah. 

“Takde istilah penah sebab I love hustling, cara saya. Pada masa ini, saya akan pastikan kerjaya dan hidup peribadi saya seimbang.

“Saya mahu dikenali sebagai pelakon, dan bukan instafamous bersiap semata-mata untuk mendapat ‘likes’ di media sosial,” jawab pelakon Awan Dania ini. 

Nazim juga berkata bahawa banyak drama lakonannya yang telah siap ataupun sedang dalam penggambaran dan belum keluar di kaca televisyen. Bukannya dia tidak bekerja langsung. 

“Apa-apapun ada banyak lagi drama saya dah siap atau tengah shoot dan belum keluar TV. Antaranya: Mr Ferrari Ms Lamborghini (13 episod), Lara Syakila (30 episod), Cindai (20 episod), dan Suri Katriana (50 episod). 

“Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan kasih sayang yang berterusan.  Selamat menonton sambil mengunyah kuaci bunga.

Tak apalah Nazim, sendu atau tidak, tuan empunya badan yang tau bila duit berkepuk-kepuk dalam bank hasil titik peluh sendiri. Orang ramai hanya boleh omong-omong kosong saja, betul tak?

Del14