Categories: HiburanSelebriti

‘Kerjaya Penyanyi Jalanan Banyak Mengajar Saya…’- Maria Effendi Bakal Terbang Ke Hong Kong Wakili Malaysia Untuk HKAMF 2019

Dari penyanyi jalanan, penyanyi baharu Maria Effendi kini boleh tersenyum bangga apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Festival Muzik Pop Asia Hong Kong (HKAMF) 2019 pada 22 Mac ini.

Akui gadis berusia 22 tahun ini, pengalamannya beraksi sebagai Busker Jalanan banyak memberi latihan dalam memantapkan vokal.

” Tiga tahun saya menyanyi di merata tempat. Tiada istilah malu dalam hidup saya kerana apa yang saya lakukan adalah kerja halal.

” Jujur saya katakan, sepanjang bergelar busker, saya perlu menyanyikan sekitar 40 buah lagu setiap hari. Pada waktu siang dan malam, saya dan rakan busker lain pergi ke beberapa lokasi tumpuan ramai.

” Mungkin ramai yang memandang rendah dengan kemampuan penyanyi jalanan tetapi bagi saya ia ibarat ‘sekolah’ yang banyak memberi tunjuk ajar bagaimana membawakan pelbagai lagu di hadapan orang awam,” katanya kepada XTRA.

Maria yang bakal membawakan dua buah lagu iaitu Haruskah Aku dan Hurt (nyanyian asal Christina Aguilera di festival itu nanti memohon doa daripada rakyat Malaysia agar persembahannya dapat menambat hati juri.

” Saya mohon doa kejayaan saya di sana. Dalam masa sama, saya berjanji akan lakukan sebaik mungkin demi mengharumkan nama negara di sana. Doakan saya,” akhirinya. 

HAKMF 2019 mengumpulkan penyanyi berbakat dari Hong Kong, China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia bertujuan mencari penyanyi yang boleh diketengahkan menjadi penyanyi terkenal serantau.

SGMS Faida

Recent Posts